Pilih bahasa anda

Informasi Korporat

fas fa-rocket

VISI

Institusi Islam yang syumul dalam memacu kemajuan serta kesejahteraan ummah berlandaskan al‑Quran dan al‑Sunnah.

fas fa-hand-holding-heart

MISI

Meningkatkan taraf sosioekonomi ummah menerusi pengukuhan pengurusan baitulmal yang efektif dan dinamik dengan mengamalkan tadbir urus cemerlang berlandaskan ketelusan, integriti dan profesionalisme yang tinggi.

fas fa-bullseye

OBJEKTIF

Memartabatkan institusi zakat melalui sistem pungutan dan agihan yang berkesan.

Mentadbir harta baitulmal dan wakaf bagi tujuan membangun sosioekonomi dan menangani kemaslahatan ummah.

Menjana kualiti perkhidmatan, budaya kerja cemerlang dan dinamik serta pengurusan yang sistematik dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi secara maksimum.

fas fa-hand-fist

MOTO

Memperteguh Syariat, Melestari Adat

NILAI‑NILAI KORPORAT

KESEDERHANAAN

Mengamalkan kesederhanaan personaliti dan ketinggian kompetensi berasaskan prinsip wasatiyyah.

PROFESIONALISME

Bersikap rasional dan matang dalam tindakan dan keputusan.

INTEGRITI

Nilai tinggi dalam perkhidmatan yang berpegang teguh kepada amanah dan ihsan.

AKRAB (SEMANGAT BERPASUKAN)

Menerapkan semangat kerja berpasukan di kalangan warga MAIPk dengan menggabungkan tenaga, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman secara bersama serta bersungguh‑sungguh.

MUAFAKAT

Kemufakatan MAIPk bersama semua agensi berkaitan dalam melaksanakan amanah membantu kebajikan umat Islam yang berkonsepkan prinsip ta’awun.

Image

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

+605 241 4257

Sistem MAIPk

Media Sosial MAIPk

Sijil ISO MAIPk

Image