Dalil-Dalil Zakat
إِنَّمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْعَـٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةًۭ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ
Sesungguhnya sedekah‑sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang‑orang fakir, dan orang‑orang miskin, dan amil‑amil yang menguruskannya, dan orang‑orang muallaf yang dijinakkan hati mereka, dan untuk hamba‑hamba yang hendak memerdekakan diri mereka, dan orang‑orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang‑orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah At‑Taubah, ayat 60)
Islam adalah agama (ad‑Din) yang menginginkan penganutnya patuh dalam menunaikan hak Allah SWT. Pada masa yang sama, Islam menuntut agar manusia menunaikan hak sesama manusia melalui amalan bantu‑membantu dan hormat‑menghormati dalam masyarakat.
Maka, bantuan yang diwajibkan oleh agama Islam ialah kefardhuan zakat, iaitu diambil daripada mereka yang berkemampuan untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ayat di atas.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
+605 241 4257
Media Sosial MAIPk
Sijil ISO MAIPk







