Data Terbuka
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data yang terdapat dalam portal data.gov.my juga boleh digunakan secara bebas oleh mana-mana pengguna portal selagi tidak menyalahi terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi data. Ianya juga berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.
Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut (Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam.)
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Data Terbuka Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak
Data terbuka sedang dikemaskini.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
+605 241 4257
Media Sosial MAIPk
Sijil ISO MAIPk







