Bahagian Kewangan
Fungsi Bahagian Pengurusan Kewangan Dan Kawalan Bajet
- Menguruskan semua jenis hasil dan terimaan daripada orang awam.
- Menyelaraskan semua tindakan terhadap laporan atau pemerhatian audit.
- Mengurus semua jenis hasil penyewaan hartanah Majlis.
- Menyelaras pelaburan wang dengan Bahagian Pembangunan dan Pelaburan.
- Mengurus dan menyelaraskan penyediaan bajet Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak.
- Mengurus semua pemberian kuasa yang berkaitan dengan urusan kewangan Majlis.
- Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
- Mengurus proses kelulusan bajet tahunan Majlis.
- Mengurus dan Mengawal Permohonan Pindah Peruntukan.
- Memastikan bajet mencukupi bagi setiap perbelanjaan yang akan dilakukan.
- Menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi perbelanjaan bulanan dan tahunan serta laporan lain mengikut keperluan semasa.
- Memantau, menganalisa dan menilai data-data kewangan Majlis bagi meningkatkan dan memantapkan pengurusan kewangan Majlis.
- Menguruskan dasar-dasar kewangan Majlis serta pekeliling yang berkaitan dengan Urusan Kewangan.
- Menyediakan akaun Majlis setiap tahun berakhir pada 31 Disember.
- Membuat penyesuaian hasil dan bayaran melalui kesemua akaun bank Majlis.
- Mengurus dan menyediakan semua bentuk penyata perakaunan Majlis dan kumpulan.
- Mengurus dan meneliti penyimpanan dan pelupusan dokumen-dokumen serta rekod-rekod kewangan.
- Menyelenggara semua data-data kewangan bagi aset dan liabiliti Majlis.
- Memastikan dan memantau penyediaan Penyata Kewangan menepati kehendak Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarak dan standard perakaunan di Malaysia.
- Menguruskan pembentangan laporan tahunan dan Penyata Kewangan ke Jawatankuasa Baitulmal Tertinggi Persidangan Majlis.
- Mengurus dan menyelaras semua laporan untuk tujuan pengauditan.
Senarai Bahagian MAIPk
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak,
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
+605 241 4257
Media Sosial MAIPk
Sijil ISO MAIPk





