Pilih bahasa anda

Logo

Image

CITRA LOGO MAIPk

Huraian Elemen Visual

  • Huruf 'Pa' (ڤ) & Abjad 'P' : Penggunaan huruf pa dalam tulisan jawi dan abjad p dalam tulisan rumi adalah simbolik kepada huruf awalan bagi Negeri Perak, tempat di mana MAIPk ditubuhkan dan bernaung di bawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
  • Tiga Titik : Melambangkan tonggak ajaran Islam iaitu – Islam, Iman dan Ihsan. Ia juga manifestasi kepada tiga tonggak pemerintahan beraja di Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu Sultan, Raja Muda dan Raja Di-Hilir.
  • Elemen Bunga Padi : Melambangkan kemakmuran negeri dan MAIPk yang progresif serta dinamik dalam memelihara kesejahteraan ummah berlandaskan prinsip maqasid syariah.
  • Tulisan Jawi (Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak) : Melambangkan iltizam MAIPk untuk terus memartabatkan agama Islam dan adat Melayu selaras dengan pernyataan moto MAIPk –
    Memperteguh Syariat, Melestari Adat.

مجلس أكام إسلام دان عادت ملايو ڤيراق

Makna Warna

  • Putih : Membawa maksud kesucian, ketulusan dan akauntabiliti MAIPk sebagai sebuah institusi Islam.
  • Kuning : Membawa maksud kesatuan pemikiran dan tindakan bagi mencapai visi dan misi MAIPk.
  • Hitam : Membawa maksud kemampanan, berdaya maju dan kekal relevan sepanjang masa merentasi peredaran zaman.

Rumusan Keseluruhan

Logo ini secara keseluruhannya melambangkan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai sebuah institusi Islam yang progresif dan dinamik dalam memartabatkan agama Islam dan adat Melayu di bawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Image

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

+605 241 4257

Sistem MAIPk

Media Sosial MAIPk

Sijil ISO MAIPk

Image