Pilih bahasa anda

Bahagian Amiro

Fungsi Bahagian Agihan Zakat

  1. Menyediakan pelantikan keanggotaan Jawatankuasa Baitulmal (JKB) dan merancang serta melaksanakan mesyuarat bagi memastikan agihan zakat disalurkan kepada asnaf yang berkelayakan.
  2. Melaksanakan program pengembalian semula wang zakat (wakalah) agar sempurna dan teratur seperti yang ditetapkan oleh jabatan bagi membentuk pelaksanaan wakalah yang komprehensif kepada pembayar zakat di negeri Perak.
  3. Melaksanakan pengurusan kualiti perkhidmatan agihan zakat bagi memaksimumkan impak pentadbiran agihan zakat supaya mencapai, mengekalkan dan menambah baik tahap standard dan kualiti yang dikehendaki oleh jabatan.
  4. Menyelaras data dan maklumbalas maklumat berkaitan agihan zakat bagi soalan atau teguran Jabatan Audit Negara, Dewan Undangan Negeri, Biro Pengaduan Awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, masyarakat dan agensi-agensi lain yang berkaitan agar penyampaian maklumat tersusun dan standard yang ditetapkan.
  5. Melaksanakan khidmat nasihat dan rundingan dalam perkhidmatan pelanggan bagi meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua aspek bidang kehidupan merangkumi rohani, aqli dan jasmani.
  6. Melaksanakan segala urusan pentadbiran bahagian agar tersusun dan sistematik seperti yang ditetapkan oleh jabatan.
  7. Menyemak segala urusan kewangan yang melibatkan penyediaan rekod dan rekupan Panjar Agihan, Daftar Perihal Item dalam peti besi dan Daftar Bil Arahan Perbendaharaan 103 (b) dilaksanakan mengikut peraturan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
Image

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

+605 241 4257

Sistem MAIPk

Media Sosial MAIPk

Sijil ISO MAIPk

Image