Pilih bahasa anda

Seminar Pengendalian Kes Sewaan MAIPk Perkukuh Aspek Perundangan Hartanah

20/04/2026

20/4

IPOH, 20 APRIL 2026  Bahagian Undang-Undang (BUU) Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah menganjurkan Seminar Pengendalian Kes Sewaan Bersama Panel Peguam MAIPk melibatkan panel peguam MAIPk iaitu Cik Siti Aisiah binti Azit dan Cik Nurul Farzana binti Rus Bakarruraini daripada Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners, pekhidmat MAIPk daripada Bahagian Wakaf, Bahagian Baitulmal serta MAIPk Cawangan.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pekhidmat MAIPk yang mengendalikan urusan sewaan berkaitan aspek perundangan. Seminar ini juga bertujuan menjadi platform perkongsian pengalaman dan pandangan daripada pengamal undang-undang bagi memperkukuhkan pengurusan kes penyewa ingkar yang melibatkan hartanah milik MAIPk.

3 Pengumuman Terkini
3 Berita Terkini

21/05/2026

20/05/2026

3 Keratan Akhbar Terkini
Image

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

+605 241 4257

Sistem MAIPk

Media Sosial MAIPk

Sijil ISO MAIPk

Image